Cemerlang

Muly Aidil Stevenson

Selamat Datang

Cara-cara Untuk Mendapatkan/Mendownload Soalan di mulyaidil.webs.com
  1. Anda perlu mendaftar/register account anda di website ini. Jika anda belum mendaftar sila klik di link ini http://mulyaidil.webs.com/apps/auth/signup atau Log In Connect with Facebook
  2. Kemudian sila buka email anda untuk verify account anda diwebsite ini
  3. Jika anda sudah mendaftar sila tekan di page soalan UPSR PMR SPM
  4. Log ini dulu email dan password anda di page tersebut dan baru anda dapat mrelihat soalan-soalan tersebut
  5. Klik di mana soalan anda berminat untuk download
Kisah Benar

Kenapa kawan penting dalam kehidupan kita?
Jawapanya adalah kerana kawan adalah segala-galanya bagi setiap maknusia di muka bumi ni. Jika tiada kawan di dalam kehidupan kita tidak bermaknalah perjalanan hidup kita. Kawan juga mempunyai jenis kategori antaranya kawan yang baik dan kawan yang jahat. Kita seharuslah memilih kawan yang boleh membawa ke arah kejayaan dalam kehidupan. Kawan seperti ini seharusnya kita hormati dan sentiasa berkongsi pendapat dengan mereka agar kita dapat berubah dengan lebih baik dan jangan sekali-kali terpengaruh dengan kawan yang bersikap yang anda rasa boleh memusnahkan masa depan dan diri anda sendiri. Anda kena sedar bahawa kawan seperti ini akan mendatangkan masalah kepada anda suatu hari nanti. Bak perpatah melayu "nasi sudah menjadi bubur" dan ketika itu menyesal dah tak berguna lagi. Memilih kawan juga boleh pengaruhi dalam pembelajaran anda. Ini kerana jika kita memilih kawan yang baik kita juga dapat belajar dengan baik manakala kalau kita berkawan dengan kawan kurang menyenang bermakna kita belajar dalam keadaan kurang menyenangkan. Ingat pilihlah kawan yang sesuai dengan anda dan semoga anda berjaya dalam kehidupan. Saya juga percaya kawan-kawan juga telah banyak membantu dalam perjalanan hidup kita semua.

Kini saya di facebook

Mahu kenali saya atau nak tanya sesuatu. add la facebook saya. mh_aidil@yahoo.com.my

Chatting

Langkah - langkah cegah H1N1

1. Ketahui kawasan yang mengalami kes H1N1 yang paling tinggi.

2. Elak melawat kawasan yang sesak.

3. Elak bersentuhan dengan pesakit H1N1. Tapi kalau perlu juga, pakailah alat pernafasan yang sesuai.

4. Jaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan air dan sabun setiap masa terutama selepas batuk dan bersin.

5. Guna tisu atau saputangan ketika batuk atau bersin dan buang tisu terus ke dalam tong sampah.

6. Kalau ada simptom-simptom H1N1, terus dapatkan rawatan. Jangan bertangguh.

Dan, kalau anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1, sila :

1. Elak berdampingan dengan orang lain selama 7 hari.

2. Segera dapatkan rawatan doktor sekiranya anda demam dan mengalami salah satu gejala berikut : batuk, sesak nafas, sakit tekak, sakit kepala atau sakit badan.

3. Maklumkan juga kepada doktor yang merawat anda yang anda baru sahaja pulang dari negara yang dilanda H1N1.

Sama-samalah kita ambil langkah pencegahan awal. Jangan sudah terhantuk baru terngadah.